Tiga (3) khairat kematian percuma yang korang perlu tahu 

| |

Sharing is caring!

Khairat kematian atau bantuan kematian, adalah satu bentuk bantuan kewangan bagi keluarga si mati. Terdapat beberapa bantuan kematian yang korang boleh dapat tanpa melanggan apa-apa skim. Ini betul – betul bukannya rekaan cubaan untuk scam korang. 

Setiap yang bernyawa pasti akan meninggal. Cuma kita tak tahu je masanya bila. 

Bantuan kematian ni diharap sedikit sebanyak membantu untuk segala urusan keluarga. 

Jemput baca artikel ni sampai habis. 

Bantuan kematian oleh KWSP

  • Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

*KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.

Sumber : KWSP

Khairat kematian oleh PTPTN 

  1. Khairat/ pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000.00) dan penerima manfaat (RM500.00).

Syarat-syarat:

  1. Khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 sehingga sebelum berumur 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
    *Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.
  2. Perlindungan:
    1. Kematian
      • Amaun Manfaat bersamaan dengan baki akaun (RM kepada RM)
      • Khairat Kematian bersamaan RM2,000.00 (pendeposit)
      • Khairat Kematian bersamaan RM500.00 (penerima manfaat)

Sumber : PTPTN

Faedah Pengurusan Mayat oleh PERKESO

  • Salah satu manfaat bagi pencarum PERKESO yang mungkin ramai antara kita yang tidak tahu adalah Faedah Pengurusan Mayat.
  • Amaun sebanyak RM2,000 akan dibayar sekiranya seseorang pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana kerja atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala. Pembayaran faedah akan dibuat kepada waris-waris yang layak. 
  • Sekiranya tiada waris, faedah akan dibayar kepada pihak yang menanggung segala perbelanjaan pengebumian itu.
  • Jumlah bayaran akan dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan ataupun RM2,000 mengikut mana yang lebih rendah berdasarkan resit yang dikemukakan.

Sumber : PERKESO

Previous

Apa yang anda kena tahu tentang pentadbiran harta pusaka? (Part 2)

3 strategi untuk kumpulkan duit kahwin dalam masa 3 tahun 

Next

Leave a Comment