Skim takaful MySalam – Skim perlindungan kesihatan percuma untuk yang layak

| |

Sharing is caring!

Takaful merupakan antara salah satu perkara penting dalam menguruskan kewangan peribadi. Namun bagi yang kurang berkemampuan, tentulah korang terasa sedikit ‘berat’. Kan?

Min ada baca tentang skim mySalam iaitu satu skim perlindungan percuma kepada yang layak. Sangat menarik.

Maklumat ni Min dapat daripada website mySalam sendiri. Jom hadamkan sama-sama.

Apa itu mySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Macam mana cara nak memohon skim mySalam?

Bagi korang yang layak dan berminat untuk mendaftar skim ini, boleh klik di bawah ok?

mySalam(KLIK NI)

Siapa yang layak untuk memohon?

Penerima Bantuan Sara HidupPenerima Bukan Bantuan Sara Hidup
1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Kategori BSH

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital university.

Kategori Bukan BSH

Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.

Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.

Senarai 45 penyakit kritikal

  • Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  • Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  • Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  • Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • Pembedahan Otak
  • Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  • Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  • Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  • Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  • Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  • Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Kegagalan Hati Tahap Akhir
  • Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  • AIDS Dengan Gejala Penuh
  • Hepatitis Viral Fulminan
  • Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  • Pembedahan Injap Jantung
  • Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  • Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  • Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  • Hilang Keupayaan Bertutur
  • Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  • Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  • Sklerosis Multipel
  • Distrofi Otot
  • Kelumpuhan Anggota
  • Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  • Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  • Penyakit Arteri Koronari Serius
  • Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  • Pembedahan Aorta
  • Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  • Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  • Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  • Penyakit Sistik Medular
  • Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  • Poliomielitis
  • Skleroderma Progresif
  • Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  • Elefantiasis (Penyakit Untut)
  • Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Soalan lazim tentang skim mySalam

Soalan #1

Macam mana nak tahu layak dapat skim mySalam?

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat.

Soalan #2 :

Bilakah tarikh kuatkuasa perlindungan?

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Penerima-penerima M40 yang layak boleh mendaftar bermula daripada 11 Februari hingga 31 Mac 2020 (hari ni adalah hari terakhir untuk mendaftar. Pastikan korang mendaftar ye?)

Soalan #3 :

Bolehkah saya membuat tuntutan disebabkan oleh COVID-19?

Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.

Soalan #4 :

Bagaimanakah cara untuk saya menerima tuntutan?

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Untuk senarai penuh soalan lazim skim mySalam, boleh klik link di bawah ye?

Soalan lazim skim mySalam

Bagi korang yang layak memohon mySalam ni, pastikan korang mohon okay?

Semoga rezeki korang dapat skim mySalam ni. Min doakan.

Previous

ASNB umumkan pengagihan pendapatan 4.75 sen seunit bagi ASB 2

Kat mana saya nak simpan kalau saya bawa keluar RM500 daripada i -Lestari KWSP? 

Next

Leave a Comment