Perbezaan antara insurans dan takaful

Sharing is caring!

Ramai yang masih keliru antara insurans dan takaful. Apa perbezaanya? Yang mana satu patut diambil?

Ha kalau anda juga ada terfikir soalan macam ni, jemput hadamkan artikel ini sampai habis. Min dapat perkongsian ini daripada laman web AKPK. Min harap lepas anda habis baca, anda dah boleh nampak apa perbezaan antara insurans dan takaful. Semoga bermanfaat!

Apakah itu Insurans?

Merupakan suatu cara melindungi diri, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Apakah tujuan mendapatkan insurans?

  • Membayar ganti rugi barangan atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri.
  • Membayar bil perubatan untuk rawatan di hospital.
  • Menyelenggara perbelanjaan hidup, hutang dan komitmen lain sekiranya tidak berupaya bekerja.
  • Merupakan bantuan kewangan bagi keluarga sekiranya anda hilang upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia.

Bagaimana insurans berfungsi?

  • Perlu membayar premium kepada syarikat insurans dan pihak syarikat akan membayar pampasan sekiranya mengalami kerugian atau kerosakan yang telah diinsuranskan.
  • Insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans itu berkuatkuasa.
  • Pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah diinsuranskan.

Apakah jenis-jenis insurans yang ada dipasaran?

Insurans Hayat

  • Perlindungan kepada pemegang polisi untuk kematian, penyakit kritikal, kehilangan upaya dan masuk hospital.
  • Tempoh perlindungan adalah lebih daripada setahun dan mempunyai pilihan untuk bayaran premium.
  • Produk insurans hayat:

Insurans Am

  • Polisi insurans yang melindungi daripada kerugian yang disebabkan oleh kecurian atau kerosakan barangan peribadi.
  • Melindungi kerosakan kepada barangan pihak ketiga.
  • Kematian atau kecederaan pihak ketiga melibatkan kos hospital.
  • Tempoh perlindungan dan pembayaran premium adalah setahun sekali.
  • Produk insurans am:

Apakah itu takaful?

  • Perlindungan yang berdasarkan prinsip syariah
  • Caruman penyertaan perlu memeterai kontrak (akad)

Apakah ciri- ciri takaful?

  • Berkongsi lebihan dana berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui selepas menolak perbelanjaan.
  • Boleh menikmati perkongsian lebihan dana sekiranya tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful.

Apakah jenis- jenis takaful yang terdapat dipasaran?

Takaful Keluarga

  • Gabungan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang yang mempunyai tempoh perlindungan melebihi 1 tahun.
  • Manfaat kewangan dan memberikan keuntungan pelaburan.
  • Jenis – jenis takaful keluarga :

Takaful Am

  • Perlindungan suatu jangka pendek seperti kehilangan atau kerosakan harta atau barangan peribadi.
  • Produk-produk takaful:

Faktor yang perlu di ketahui sebelum mengambil polisi insurans / Takaful?

  • Jenis- jenis polisi dan pelan yang dijual
  • Bahaya dan risiko yang dilindungi
  • Terma dan syarat termasuklah keadaan pra-syarat dan pengecualian
  • Jumlah premium dan caruman yang perlu dibayar
  • Jenis risiko dan tempoh dilindungi
  • Keadaan dan cara yang membolehkan membuat tuntutan

Berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan?

  • Jumlah perlindungan bergantung kepada jumlah wang diperlukan apabila menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan
  • Jika membeli polisi hayat, anda haruslah memutuskan jumlah yang diperlukan oleh ahli keluarga selepas kematian anda untuk kelangsungan hidup.

Bagaimanakah cara membuat tuntutan insuran / takaful?

  • Harus membuktikan bahawa kejadian benar-benar telah berlaku
  • Pastikan maklumat yang diperlukan pihak insurans dipenuhi
  • Maklumkan kepada pihak insurans secepat yang mungkin

Amacam? Dah faham sedikit sebanyak tentang insurans dan takaful? Min harap lepas ni anda dah boleh tahu yang mana satu anda patut pilih dan apa yang anda kena tengok sebelum ambil pelan perlindungan.

Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE supaya lagi ramai orang boleh baca juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *