“Patut ke aku rendahkan potongan KWSP kepada 7%?”

| |

Sharing is caring!

Seperti yang korang sedia maklum, Kerajaan ada umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Februari lepas. 

Dalam pakej ini, antara manfaat yang diperkenalkan adalah pertukaran kadar caruman KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) daripada 11% kepada 7%. 

Pendek cerita, korang boleh pilih sama ada nak kekalkan caruman sedia ada, atau turunkan caruman kepada 7%. 

Sama ada nak kekalkan atau turunkan kadar potongan KWSP ini, kita kena periksa balik apa nak buat dengan duit lebihan yang kita dapat tu. 

Semoga soalan korang kat atas tadi, terjawab dalam perkongsian hari ini. Jemput hadamkan laju-laju. 

Berapa lebihan tunai korang dapat kalau potong kepada 7%? 

Siapa tak suka dapat tunai (cash) yang lebih banyak, kan? 

Berikut adalah lebihan tunai kalau korang turunkan potongan KWSP kepada 7%. Kita ambil gaji median rakyat Malaysia (RM5,228) berdasarkan laporan Jabatan Statistik Malaysia:  

  • Gaji = RM5,228,  
  • Potongan KWSP Normal (11%) = RM575.08, 
  • Potongan KWSP 7% = RM365.96, 
  • Lebihan tunai yang korang dapat = RM209.12. 

Kalau ikutkan sejarah prestasi pulangan KWSP sepanjang 30 tahun lepas, purata pulangan sebanyak 6% boleh dikatakan power. Lagipun, pulangan ini dijamin oleh Kerajaan pada kadar pulangan minimum 2.5%. 

Kalau ambil potongan 7% tu, korang akan dapat lebihan sebanyak RM209.12 sebulan. Jumlah ini, boleh jadi banyak atau sikit mengikut situasi kewangan masing-masing. 

Potongan ini akan berterusan bermula April sehingga December 2020. Bermakna, korang ada lebihan tunai sebanyak: 

  • RM209.12 X 9 bulan = 
    • RM1,882.08

Apa korang boleh buat dengan lebihan tunai ini?

Ini soalan cepumas yang ramai nak tahu. 

Jawapannya, bergantung kat keadaan kewangan semasa masing-masing. Elakkan guna duit ini untuk buat belanja benda yang bukan-bukan. 

Duit lebih ini bukan lesen besar untuk korang naikkan gaya hidup. Kena ingat, gaji kita tak naik. Kita cuma dapat lebihan sebab KWSP tak dipotong pada kadar 11%. 

Jadi, lebih baik korang gunakan duit ini untuk tutup hutang jahat yang ada. Hutang kad kredit, personal loan, boleh dibayar gunakan duit lebihan ini. 

“Kalau tak ada hutang, nak buat apa?”

11 instrumen pelaburan berisiko kecil korang patut tahu

Katakan, hutang korang semua dah selesai. Saya cadangkan, guna duit lebihan ini untuk melabur dalam instrumen pelaburan yang kurang berisiko. 

Saya kongsikan senarai instrumen pelaburan daripada blog Pakdi.net yang korang boleh pertimbangkan: 

#1: Fixed Deposit (FD) Bank

Ini adalah produk asas bagi mana-mana bank. Secara mudahnya, kita kena menyimpan dalam tu untuk satu tempoh masa. Paling kejap, sebulan. Paling lama, 5 tahun. 

Sebab kita simpan duit dalam tu, bank akan kongsi keuntungan kepada kita. Kadar keuntungan adalah sekitar 3 hingga 4% setahun, dan kadar ini bergantung kepada polisi kewangan (monetary policy) semasa.

Kadar 3% tu, dikira secara harian ya. Kena bahagi 365 hari. Bukan letak dalam FD untuk tempoh 6 bulan lepas kita dapat 3%. 

P/S: Selain FD bank konvensional, bank juga ada tawarkan FD yang patut Shariah. 

#2: Money Market 

Money market adalah direct competitor untuk FD. Return dan risiko adalah lebih kurang sama.

Sebagai pelabur runcit, kita letak duit dalam money market melalui unit trust. Money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:

  • Commodity murabahah (tawarruq),
  • Mudarabah Investment Account,
  • Wakalah Investment,
  • al-Mudarabah Interbank Investment,
  • Government Investment Issue,
  • Cagamas Mudarabah Bonds,
  • Islamic Accepted Bills.

Antara kelebihan money market fund ialah:

  • Risiko yang sangat rendah
  • Berpotensi memperoleh return lebih tinggi dari Fixed Deposit yang ditawarkan bank
  • Pembayaran keuntungan secara bulanan (kiraan untung secara harian macam FD juga)
  • Tax exempted (untuk syarikat)

#3: Fixed Income

Nota tentang bon (konvensional) atau pun sukuk. Dulu nak beli melabur fixed income terhad kepada unit trust. 

Sekarang, kita dah boleh labur terus, sama ada yang tersenarai di Bursa Malaysia yang disebut sebagai exchange traded. Atau yang dijual menerusi over the counter (OTC).

#4: Ekuiti i.e Saham 

Saham adalah salah satu kenderaan kekayaan yang dapat kita gunakan untuk sampai ke destinasi. Malangnya ramai yang memahami pelaburan saham dengan cara yang salah.

#5: Exchange Traded Fund (ETF)

Dimudahkan cerita ETF ialah unit trust yang didagangkan di Bursa Malaysia. Cara beli adalah sama dengan beli saham. Tak ada sales charge macam unit trust.

#6: Real Estate Investment Trust (REIT)

Sekiranya malas nak urus pelaburan hartanah fizikal, maka melaburlah dalam REIT. Pembelian saham syarikat yang mampu melabur untuk beli hartanah-hartanah mahal semacam Petronas Twin Tower. 

Cara beli REIT sama macam beli ETF. Sama macam beli saham.

#7: Unit Trust 

Pelaburan yang paling popular di Malaysia sekarang. Ramai orang melabur dalam unit trust. Boleh guna tunai. Ramai juga manfaatkan skim pelaburan ahli KWSP. Dan kedua-dua cara dah boleh buat secara online.

#8: Private Retirement Scheme (PRS)

PRS ialah satu skim pelaburan yang bersifat sukarela untuk jangka panjang. Ia direka khas untuk membantu individu atau majikan membuat simpanan untuk persaraan mereka. 

Sebenarnya PRS ini adalah tabung tambahan kepada caruman wajib KWSP. 

Konsep tabung PRS ini lebih kurang sama macam KWSP, duit yang disimpan dalam ni hanya boleh dikeluarkan bila capai umur 55 tahun.

#9: ETF – Emas

Ya, sekarang kita boleh melabur emas secara patuh Shariah tanpa perlu simpan secara fizikal. 

#10: Futures 

Bukan produk biasa-biasa. Sesuai untuk pelabur yang super agresif. Malaysia ada pasaran crude palm oil futures (FCPO) yang dapat menjadi alternatif untuk pedagang forex yang mahu bertaubat.

#11: Crowdfunding / Peer to Peer (P2P)

Kita melabur atau beri pinjam / hutang kepada syarikat bersaiz kecil dan sederhana (SME). Masih baru di Malaysia. 

Nak banding dengan pasaran saham dan pasaran bon / sukuk, saiz dan projek syarikat yang terlibat adalah lebih kecil.

Dalam nota ini saya belum ulas tentang dana borong (wholesale fund), warrant, options, contract for difference (CFD) dan juga structured products. Bila dah sampai masanya saya akan kemaskini.


Ingat sentiasa. Duit lebihan ni, bukan untuk korang belanja ikut suka hati. Lebih baik korang gunakan duit ini untuk melabur untuk masa depan yang lebih terjamin. 

Mungkin ada sesetengah orang perlukan duit ini untuk bantu meringankan perbelanjaan seharian. Jika ini situasi korang, boleh pertimbangkan untuk ambil potongan kwsp kepada 7%. 

Kalau tak ada keperluan dan jenis berbelanja tak ingat dunia, tak perlu ubah potongan tu. Lebih baik biarkan duit tu selamat dalam KWSP. Tak gitu? 

P/S: Nak tahu cara memohon potongan KWSP 7%? KLIK SINI SEKARANG.

Previous

Cara – cara nak kekalkan caruman KWSP 11%

Tabung Haji isytihar agihan keuntungan selepas zakat 3.05% bagi tahun 2019

Next

Leave a Comment