Panduan Lengkap Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan 2019

| |

Sharing is caring!

Setiap kali datangnya bulan Mac, maka berpusulah HR mula menghantar notis mengingatkan kita untuk mengisi borang eFiling bagi tujuan mengira cukai pendapatan. 

Bagi mereka yang baru setahun dalam alam pekerjaan, anda perlu tahu bahawa setiap individu WAJIB untuk menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem eFiling ni. 

Ya, EA form yang dihantar kepada kita tu ada tujuannya iaitu untuk membantu kita mengisi borang cukai.

Badan pemungut cukai rasmi negara kita adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai LHDN. 

Artikel ni khas ditulis untuk mereka yang TIDAK PERNAH lagi melalui proses membayar cukai pendapatan. Bagi mereka yang lupa-lupa tu, boleh semak artikel lain. 

Jika anda ragu-ragu, dah pernah daftar untuk nombor rujukan cukai atau tidak, boleh semak status anda menggunakan nombor kad pengenalan. 

Klik untuk semak status nombor rujukan cukai

Sebelum kita pergi kepada langkah-langkah spesifik untuk daftar dan buat pemfailan cukai, terlebih dahulu kita kena jawab soalan ni, siapa yang patut mulakan proses ni sebenarnya? 

Dalam erti kata lain, bila saya perlu bayar cukai? 

Golongan yang perlu ambil tahu tentang proses ni adalah bila pendapatan tahunan anda mencecah RM34,000 setahun atau lebih selepas ditolak potongan KWSP.

Untuk lebih terperinci golongan yang wajib melalui proses ini adalah seperti yang berikut: 

  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai (bermula tahun 2015 hingga sekarang, gaji minimum yang dikenakan cukai pendapatan adalah RM 34,000 setahun selepas dipotong KWSP)
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Individu yang menjalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan
  • Syarikat yang baru memulakan perniagaan
  • Individu/syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada pendapatan dividen

Ringkasan Proses Pemfailan Cukai

  1. Daftarkan diri melalui eDaftar
  2. Dapatkan dan simpan nombor rujukan cukai
  3. Dapatkan no pin bagi tujuan eFiling 
  4. Isi borang eFiling

1. Daftarkan diri melalui eDaftar

  1. Mulakan proses pendaftaran anda dengan pergi ke pautan berikut untuk bermula: Portal eDaftar. Kemudian pilih pendaftaran individu dan klik pada borang pendaftaran online.
cara isi efiling cukai pendapatan
  1. Anda akan nampak borang seperti yang berikut, isi maklumat yang diperlukan selengkapnya.

2. Pastikan anda simpan nombor rujukan cukai anda sebaiknya

Selepas anda membuat pengesahan mengenai maklumat yang diisi, anda akan diberikan nombor rujukan cukai dan juga pejabat LHDNM yang terdekat dengan anda.

Pastikan nombor rujukan cukai ini disimpan ya, seeloknya cetak satu salinan untuk disimpan. 

3. Dapatkan no pin bagi tujuan eFiling 

Selepas beberapa hari, anda boleh semak status permohonan anda di sini: http://edaftar.hasil.gov.my/info.php

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

4. Isi eFiling Untuk Mula Mengira Cukai Pendapatan

OK, tiga langkah awal tadi adalah untuk kita bersedia dan setup diri kita dengan sistem percukaian. Sekarang adalah masa untuk tahu berapa cukai kita kena bayar sebenarnya untuk tempoh taksiran terkini.

a) Login di ez-HASiL

Pertama sekali klik pautn berikut untuk mulakan proses eFiling atau ezHASiL di https://ez.hasil.gov.my/CI/

Pastikan anda klik pada Login Kali Pertama, isi nombor PIN dan ikut langkah-langkah seterusnya untuk dapatkan sijil digital.

b) Pilih eBorang yang betul

Selepas login, anda akan dibawa ke paparan senarai perkhidmatan dalam eFiling.

Sila klik pada eBorang, dan anda akan dipaparkan dengan senarai borang-borang cukai pendapatan.

Jadi, bagi individu warganegara Malaysia dengan punca pendapatan tanpa perniagaan, pilihlah borang e-BE, dan pilih tahun taksiran semasa (taksiran cukai untuk tahun 2019 dilakukan pada tahun 2020)

c) Semak maklumat diri

Pada paparan pertama iaitu Maklumat Diri, sila semak semua maklumat sedia ada.

Jika anda ingin pastikan lebihan bayaran cukai dimasukkan terus ke akaun bank anda, sila isi nama bank dan nombor akaun dengan betul.

Jika nombor akaun tidak diberikan, lebihan bayaran akan diberikan secara baucar.

d) Isi berkenaan jumlah pendapatan tahunan

Pada ruangan kedua, anda perlu isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran 2019, termasuklah pendapatan daripada gaji, dividen, sewa, faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan dan keuntungan lain.

Anda juga boleh nyatakan jumlah derma atau hadiah yang diluluskan, yang telah diberi kepada organisasi yang diiktiraf LHDN sebagai penolakan cukai.

Jika majikan ada membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk anda, boleh semak di ruangan ini; pastikan betul sepertimana dinyatakan dalam Borang EA yang diberikan majikan.

Jika ada pendapatan tahun-tahun lepas yang patut kena cukai tetapi tidak diisytiharkan, boleh diisytiharkan semula pada ruang Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan.

e) Isi berkenaan pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai

Pada ruangan ketiga, anda boleh mengisi perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan, pengecualian dan rebat cukai.

Pastikan segala perbelanjaan yang diisytiharkan adalah betul, dilakukan pada tahun taksiran dan resit-resit atau bukti-bukti pembayaran disimpan dengan baik.

Boleh klik di sini untuk senarai pelepasan cukai pendapatan 2018 untuk eFiling 2019

f) Semak jumlah cukai perlu bayar atau lebihan cukai

Selepas semua maklumat diisi, pada ruangan Rumusan, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik.

Jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka anda perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut.

Jika jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada anda.

g) Sahkan borang taksiran

Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar.

Anda akan dibawa ke paparan seterusnya untuk sahkan penghantaran borang dan muat turun borang yang dihantar.

Jika masih ada apa-apa perubahan, jangan klik butang Tandatangan & Hantar, sebaliknya klik pada butang Kembali untuk lakukan sebarang pembetulan maklumat.

Tahniah, sekarang anda dah selesai jalankan tanggungjawab anda berkenaan cukai pendapatan individu!

Itulah sahaja cara isi eFiling untuk pengiraan cukai pendapatan.

Mudah, bukan?

Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jom share supaya lebih ramai orang yang nak tahu berkenaan cara isi eFiling boleh turut sama belajar.

Previous

Tabung Haji isytihar agihan keuntungan selepas zakat 3.05% bagi tahun 2019

COVID-19 : MARA beri penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama 3 bulan kepada peminjam

Next

Leave a Comment