OCBC bank turunkan kadar BR, BLR dan BFR bermula 13 Julai ini

| |

Sharing is caring!

OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan anak syarikat, OCBC Al-Amin Bank Bhd, akan menurunkan Kadar Asas (BR), Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus, berkuat kuasa esok, 13 Julai.

Ini adalah sejajar dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini, kata OCBC Malaysia dalam satu kenyataan.

Semua kadar pinjaman dan pembiayaan berdasarkan kepada BR, BLR dan BFR akan turun mengikut kadar yang sama.

Begitu juga dengan semua deposit tetap konvensional dan kadar deposit Islam turut turun 0.25 peratus pada hari yang sama,” kata kumpulan itu.

Dengan demikian, BR OCBC Malaysia diturunkan daripada 2.83 peratus kepada 2.58 peratus dan BLR/BFR daripada 5.76 peratus kepada 5.51 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Datuk Ong Eng Bin berkata pelaksanaan penuh penurunan untuk kali keempat  tahun ini akan memberi manfaat kepada semua pelanggan OCBC Malaysia yang mempunyai pinjaman atau pembiayaan yang ditambat pada BR, BLR atau BFR. 

— BERNAMA

Previous

Bank Muamalat turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) berkuat kuasa 13 Julai

Kadar OPR dikekalkan pada 1.75 peratus

Next

Leave a Comment