Melabur melalui platform robo-advisor patuh syariah pertama di Malaysia (Wahed Invest)

| |

Sharing is caring!

Wahed Invest merupakan platform robo-advisor pertama yang patuh syariah sepenuhnya di Malaysia. Wahed Invest pertama kali dilancarkan pada tahun 2017 di US, di Malaysia pula Wahed Invest dilancarkan pada bulan Oktober 2019. 

Ok, tapi sebelum tu…


Apa maksud robo-advisor ni?

Robo-advisor ni bermaksud majoriti atau hampir kesemua pengurusan yang berlaku merangkumi proses pembukaan akaun, pemprosesan dokumen, pengesahan dokumen, penerimaan dana, pengesahan dana dan pengurusan portfolio semuanya dilakukan dengan bantuan automasi dan algorithm tanpa bantuan manusia.  

Apa sebenarnya Wahed Invest ni?

Wahed Invest merupakan platform yang menguruskan pelaburan secara digital. Buat masa sekarang, Wahed Invest melaburkan duit anda ke dalam portfolio berikut: 

  • Saham di Amerika Syarikat
  • Saham di Malaysia
  • Sukuk(bon) di Malaysia
  • Emas

Cara-cara mula melabur di Wahed Invest

1. Mula-mula pastikan anda download terlebih dahulu aplikasi Wahed Invest. (Ada untuk IOS ataupun Android)

2. Buka aplikasi tersebut dan mula masukkan emel anda untuk mulakan proses membuka akaun.

  • Bina password sekurangnya 8 karakter, wajib ada karakter unik, wajib ada nombor, wajib ada huruf besar dan kecil.
  • Kalau ada promo kod, boleh gunakan di sini. Kalau tak ada sudilah guna promo kod saya fikazz1
  • Tunggu emel verifikasi dan klik link untuk mengesahkan pemilikan emel anda. 

3. Kenalpasti profil risiko.

Seterusnya, Wahed Invest akan mengenal pasti profil risiko yang sesuai dengan anda sebagai seorang pelabur, jawab soalan yang diberikan sebaiknya. Ada 8 soalan kesemuanya. Jawapan yang anda berikan akan menentukan bagaimana robo-advisor akan melaburkan duit anda. Ada 6 kemungkinan yang ada: 

  • Very aggressive
  • Aggressive
  • Moderately aggressive
  • Moderate
  • Moderately conservative
  • Very conservative

4. Selepas memilih portfolio yang sesuai, kita akan mula membuka akaun pelaburan. Maklumat yang diperlukan:

  • Nama seperti dalam kad pengenalan
  • Alamat kediaman
  • Kod referral (jika ada)

5. Proses e-Know Your Customer (e-KYC)

  • Dalam proses e-KYC ni anda perlu untuk upload gambar kad pengenalan anda sebagai bukti bahawa identiti anda adalah ‘real’ dan bukan rekaan. 
  • Anda juga perlu mengambil ‘selfie’ untuk pengesahan.

6. Tetapkan berapa modal pelaburan untuk bermula

Tetapkan berapa modal pelaburan yang anda mahu letakkan dalam Wahed Invest. Anda boleh mula dengan modal serendah RM100. Anda perlu tahu bahawa jumlah yang dilaburkan tidak dilundingi sepertimana pelaburan dalam ASB. 

Ada dua cara untuk memasukkan duit ke dalam Wahed Invest:

  • Instant pay (FPX)
  • Wire transfer

7. Siap, sekarang anda perlu tunggu sahaja untuk perjalanan pelaburan anda untuk bermula!

Pengalaman peribadi saya bersama Wahed Invest

Saya bermula melabur dengan Wahed Invest dengan modal minima sebanyak RM100 sahaja pada 3 Disember 2019. Pada tarikh akhir artikel ini diedit pulangan yang diterima adalah 6.72%. 


Profil risiko saya adalah Very Aggressive. Maksudnya, saya ada kemungkinan untuk menang banyak dan juga kalah yang lebih teruk. 

Melalui profil risiko Very Aggressive, Wahed Invest melaburkan dana saya dengan pecahan seperti yang berikut: 

Saham Amerika Syarikat : 65%

Saham Malaysia : 20%

Sukuk (Malaysia) : 12.5%

Emas : 0%

Tunai : 2.5%

Daripada segi pelaburan saham, Wahed Invest tidak memilih saham individu sebaliknya mereka akan memilih untuk melabur melalui exchange-traded fund (ETF).

Berikut adalah ETF yang ada dalam portfolio Wahed Invest saya: 

  • MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (MyETF-US50)
  • MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MyETF-MMID)

Jika dibandingkan dengan memilih kaunter saham sendiri, saya merasakan platform robo-advisor seperti Wahed Invest lebih selamat dan mudah untuk digunakan. Daripada segi fi, Wahed Invest hanya ada satu fi tahunan sebanyak 0.79% daripada jumlah modal bagi jumla pelaburan di bawah RM500,000. 

Bagi saya, fi tersebut murah ditambah lagi dengan ketiadaan fi tambahan ataupun fi tersembunyi daripada Wahed Invest. 

Jadi, apa pendapat anda mengenai robo-advisor dan Wahed Invest? Dah tahu apa profil risiko anda?    

Previous

Jangan terlepas untuk dapatkan RM30 secara percuma melalui E-Tunai Rakyat

Guna KWSP untuk bayar 92 penyakit kritikal ini?

Next

2 thoughts on “Melabur melalui platform robo-advisor patuh syariah pertama di Malaysia (Wahed Invest)”

Leave a Comment