Kenapa suami wajib ada income protection?

| |

Sharing is caring!

Salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan adalah ada perlindungan iaitu takaful. Coverage perlu mencukupi sesuai dengan keperluan. 

Bagi yang dah berkahwin dan bergelar suami, lagilah kena ada income protection.

Kali ni Min nak kongsikan kenapa perlunya ada income protection. Tahun 2020 ni adalah tahun terbaik untuk kita mula serius bab kewangan. 

Jom hadamkan perkongsian ni sama-sama. Semoga bermanfaat. 

Kenapa kena ada income protection ni? 

#1 Suami adalah penyumbang kepada pendapatan keluarga

Penyumbang terbesar kepada pendapatan keluarga datang daripada pihak suami. Andai kata terjadi kejadian yang tak diingini contohnya suami hilang upaya untuk bekerja atau meninggal, income protection berfungsi untuk cover perbelanjaan isteri dan anak-anak.

Berapa coverage yang sesuai untuk income protection ni? 

10 tahun gaji suami. Contohnya gaji RM3,000. Coverage yang sesuai adalah RM360,000. 

#2 Untuk buat bayar hutang 

Kalau loan kereta dan rumah dibawah nama suami, lagilah kena ada income protection ni. Incase suami meninggal secara tiba-tiba, pampasan takaful boleh digunakan oleh isteri untuk bayar hutang-hutang suami. 

Bagi yang bergelar suami, mestilah tak nak isteri susah bila kita meninggal kelak. Kan? 

#3 Sebagai persediaan 

Masa kita masih ada, kita boleh bertanggungjawab atas keperluan isteri dan keluarga. Cukup makan pakai. Terjaga lah lebih kurang. Okaylah tu. 

Namun kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Ambil income protection sebagai persediaan. Mungkin kita tak nampak kegunaannya sekarang. 

Andai kata kita hilang upaya tak mampu bekerja, kita dah bersedia. 

Malah kalau kita meninggal secara tiba-tiba, isteri dan keluarga takde lah tinggal terkontang-kanting struggle nak uruskan hidup. 

Ramai orang yang masih tak tahu berapa yang sesuai bila nak ambil income protection. 

Ingat formula mudah ni. 

Pampasan income protection = 10 tahun gaji 

Okay Min bagi contoh untuk orang yang bergaji RM3,000. 

RM3,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM360,000

Orang bergaji RM3,000 perlu ada takaful hayat (income protection) yang boleh bagi pampasan RM360,000. 

Ada yang bayar mahal tapi pampasan tak sampai 10 tahun gaji pun. Memang tak cukup. Kesian kat isteri dan keluarga yang kita tinggalkan nanti.

Tip : Gunakan bawah 10% dari gaji kita untuk bayaran takaful supaya kita dapat manfaat takaful yang sepatutnya. 

Harap perkongsian kali ni bermanfaat. Suami, mula cakna kewangan korang tahun 2020 ni. Kata sayang bini. Eh!

Previous

4 kesilapan kewangan yang korang perlu elak 2020

8 langkah uruskan kewangan dengan power. Langkah 3 paling penting. 

Next

Leave a Comment