Kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) 2019 selewat-lewatnya 30 Jun

| |

Sharing is caring!

Bagi pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan, korang perlulah kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran (TT) 2019 selewat-lewatnya pada 30 Jun 2020 ni.

Maklumat ni Min dapat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Jemput baca sampai habis.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan agar mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka bagi Tahun Taksiran (TT) 2019 selewat-lewatnya pada 30 Jun 2020.

Sebagai panduan berkenaan pengemukaan BNCP ini, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 yang boleh dicapai menerusi pautan berikut:

Bagi pembayar cukai individu, LHDNM turut menyediakan senarai pelepasan cukai bagi TT 2019 bagi membantu mereka mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelepasan-pelepasan cukai yang boleh dituntut ketika mengisi BNCP. Senarai pelepasan cukai tersebut boleh diakses di portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my > Individu > Pelepasan Cukai.

Sehingga 15 Jun 2020, sebanyak 2,175,596 borang nyata cukai bagi TT2019 telah diterima oleh LHDNM daripada pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan. Daripada jumlah tersebut, pengemukaan secara e-Filing adalah sebanyak 2,139,360 atau merangkumi 98.33 peratus dan selebihnya adalah pengemukaan secara manual (borang kertas).

Isi maklumat diri dan perbankan dengan tepat untuk kelancaran proses bayaran balik cukai

Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDNM dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, bagi membantu LHDNM memproses setiap bayaran balik cukai terlebih bayar dengan lancar, adalah dinasihatkan agar semua pembayar cukai mengisi maklumat yang tepat serta terkini dalam BNCP mereka.

Antara maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk kelancaran proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e- mel dan nombor pendaftaran pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan).

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara),
  • HASiL Live Chat;
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
  • Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook (https://www.facebook.com/LHDNM) dan Twitter – (https://twitter.com/LHDNMofficial)

Previous

Pengguna boleh nikmati pass perjalanan My30 bermula 15 Jun 2020

Maybank dan RHB turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas

Next

Leave a Comment