Kat mana saya nak simpan kalau saya bawa keluar RM500 daripada i -Lestari KWSP? 

| |

Sharing is caring!

Bermula hari ini, pencarum KWSP boleh memohon pengeluaran maksimum RM500 daripada i-Lestari KWSP. Pengeluaran ini adalah inisiatif bagi membantu mereka yang terjejas dengan penularan COVID19. 

Satu inisiatif yang bagus. 

Ada satu soalan menarik perhatian saya

“Kat mana saya nak simpan kalau saya bawa keluar RM500 daripada i -Lestari KWSP?”

Bagi menjawab soalan ini, jemput hadamkan perkongsian ni. Semoga bermanfaat.

Sebelum saya senaraikan platform menyimpan yang kita boleh pilih, ada 2 soalan penting yang kita kena tanya diri kita sendiri.

Soalan #1 :

“Apa profil kewangan aku sekarang?” 

Adakah kita dah cukup tabung dana kecemasan? 

Tabung dana kecemasan yang kita perlu ada sekurang-kurangnya 3 bulan gaji kita. Contoh kita bergaji RM2,000, tabung dana kecemasan kita perlulah ada RM6,000. 

Jika kita masih belum cukup menyimpan untuk tabung dana kecemasan, maka gunakan duit tersebut untuk simpan dalam tabung dana kecemasan. 

Disclaimer : Ini bukan ajakan panic saving. Berbelanjalah jika perlu.

Soalan #2 :

Katakan tabung dana kecemasan kita dah cukup, soalan yang seterusnya kita boleh tanya 

“Apa matlamat kewangan yang aku nak capai?” 

Katakan kita nak beli rumah dan masih dalam fasa mengumpul duit deposit rumah. Ini adalah waktu yang terbaik untuk tambah simpanan deposit rumah. Beli rumah perlu deposit duit ye. Tidak ada istilah zero deposit. Yang ada cuma lah istilah deposit yang minima (bergantung kepada jenis pasaran hartanah yang kita pilih). 

Katakan kita nak kahwin dan masih dalam fasa mengumpul duit kahwin. Maka gunakan duit tersebut untuk penuhkan tabung duit kahwin. Ye lah nak kahwin sekarang pun kita semua dalam tempoh MCO.

Tengok balik apa sebenarnya matlamat kewangan yang kita nak capai. Gunakan duit yang kita bawa keluar tu untuk bantu kita capai matlamat kewangan kita. 

Platform menyimpan yang boleh dipilih

Kita boleh pilih untuk menyimpan di:

i) Akaun bank biasa 

ii) ASB 

iii) Tabung Haji 

Pilihlah mengikut kesesuaian kewangan masing-masing. Ada orang lebih suka menyimpan di akaun bank biasa. Kalau nak guna, senang nak bawa keluar. Ada yang lebih suka simpan di ASB. Simpan dan peram duit dalam tu. Terpulang.

Sebelum kita melangkah ke langkah seterusnya iaitu pelaburan, simpanan kita kena kukuh terlebih dahulu. 

Kalau simpanan dah kukuh (ada simpanan dana kecemasan 3 bulan gaji) dan kewangan kita pun stabil (pendapatan kita tidak terjejas), kita boleh memilih untuk melabur. 

Peringatan penting : Untuk melabur, pastikan kita kenal risk profile kita apa. Kita ni jenis pelabur yang macam mana? Conservative? Aggressive?

Antara jenis pelaburan yang kita boleh study dan pilih adalah pelaburan hartanah, unit trust, saham, dan lain – lain.

Kita perlukan duit sebab tu kita bawa keluar duit KWSP?  

Maka gunakan duit tu untuk berbelanja secara berhemah. Saya faham kita semua terjejas sekarang. Baik dari segi pekerja dan juga majikan. Kita support each other. 

Gunakan duit RM500 untuk tampung perbelanjaan harian kita. 

Bak kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

“Pastikan atas meja ada makanan”

Kita lama lagi nak habis MCO ni. Bertahan. Take care and stay strong. Okay?

Tuan Faizul Ridzuan ada kongsikan ilmu hartanah dan kewangan secara PERCUMA. Jemput masuk group Facebook beliau.

KLIK SINI SEKARANG ATAU KLIK GAMBAR.

Previous

Skim takaful MySalam – Skim perlindungan kesihatan percuma untuk yang layak

Cara- cara mendaftar i-Akaun KWSP melalui emel

Next

Leave a Comment