Hong Leong Bank turunkan kadar asas dan Kadar Asas Islam mulai 12 Mei 2020

| |

Sharing is caring!

Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Bhd akan mengurangkan kadar asas dan Kadar Asas Islam kepada 2.88 peratus daripada 3.38 peratus, berkuat kuasa 12 Mei.

Pinjaman dan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan Islam juga akan dikurangkan kepada 5.89 peratus daripada 6.39 peratus. Kadar simpanan tetap juga akan disemak semula sebanyak 50 mata asas.

Ini merupakan pengurangan kadar faedah yang tepat pada masanya untuk membantu peminjam apabila mereka pulih daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membina semula kewangan peribadi dan perniagaan, menurut bank itu dalam kenyataan.

“Selain pengurangan kadar dan program penangguhan pinjaman, kami di sini memberikan sokongan kewangan yang diperlukan untuk memulakan semula operasi atau membantu dengan peluang yang mungkin wujud,” menurut HLB.

Pengarah Urusan Kumpulan Domenic Fuda berkata bank akan membantu dengan dana yang diperlukan untuk mengukuhkan perniagaan pelanggan dari segi digital.

HLB menyedari bahawa virus COVID-19 akan tetap ada dan memeranginya menyebabkan aktiviti sosial dan ekonomi menjadi lembap.

Walaupun menghadapi cabaran, Fuda yakin ekonomi domestik akan menyesuaikan dengan cara hidup ‘normal baharu’ di bawah tempoh PKP bersyarat.

“Keyakinan masyarakat bahawa kemajuan yang mencukupi telah dicapai dalam mendatarkan keluk dan kepercayaan bahawa sistem penjagaan kesihatan kita dapat menangani wabak tersebut, selain sokongan langkah-langkah monetari dan fiskal, terbukti penting untuk membantu peminjam beralih daripada fasa pembendungan kepada pemulihan dan pulih dengan cepat daripada penangguhan aktiviti ekonomi baru-baru ini,” katanya.

BERNAMA

Previous

Maybank, CIMB, Public Bank dan RHB Bank turunkan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR)

Bank Islam turunkan Kadar Asas kepada 2.77% dan Kadar Pembiayaan Asas kepada 5.72% bermula 12 Mei 2020

Next

Leave a Comment