Hati-hati dengan tawaran pelaburan palsu menggunakan nama dan logo ASNB

| |

Sharing is caring!

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ingin memaklumkan bahawa baru-baru ini terdapat penyebaran mesej menerusi WhatsApp menggunakan nama ASNB Group bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu.

Dalam mesej berkenaan, penghantar mendakwa dia mewakili ASNB Group dan menggunakan nama dan logo syarikat Amanah Saham Nasional Berhad tanpa kebenaran ASNB bagi menawarkan pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam masa yang singkat.

ASNB ingin menekankan bahawa penggunaan logo serta pakej pelaburan yang diuar-uarkan ini dijalankan tanpa kebenaran ASNB.

Modus operandi pelaburan palsu ini ialah sekiranya penerima berminat untuk melabur, mereka hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam mesej berkenaan secara dalam talian. Wang itu kononnya akan didagangkan ke dalam sektor minyak, pasaran saham dan mata wang, dan pelabur hanya perlu menunggu keuntungan dimasukkan terus ke dalam akaun mereka. ASNB memandang serius akan perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.

ASNB telahpun membuat satu laporan polis mengenai mesej berkenaan dan ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB untuk membuat aduan sekiranya menerima mesej meragukan mengenai pelaburan menggunakan nama ASNB.

Untuk makluman, ASNB adalah syarikat yang menawarkan unit amanah dan tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menawarkan sebarang pakej pelaburan sama ada secara langsung atau menerusi kemudahan WhatsApp mahupun mana-mana aplikasi mesej yang lain. ASNB juga tidak pernah menggunakan nama ASNB Group dalam sebarang aktiviti promosi dan publisiti produk.

Orang ramai yang ingin memulakan pelaburan dalam unit amanah ASNB perlu terlebih dahulu mengunjungi Cawangan ASNB atau Ejen kami untuk membuka akaun pelaburan dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri yang asal.

Pelaburan tambahan secara dalam talian pula hanya boleh dilakukan menerusi portal dan aplikasi mudah alih myASNB, dan perbankan Internet ejen berdaftar kami seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHB Now dan AffinOnLine.

Pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat pelaburan dalam sebarang skim pelaburan yang tidak mempunyai kaitan dengan ASNB.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, orang ramai dinasihati untuk menghubungi terus Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-77308899 atau layari www.asnb.com.my, atau emelkan ke asnbcare@pnb.com.my.

Sebarang urus niaga pelaburan untuk unit-unit amanah ASNB boleh dilakukan di manamana pejabat Cawangan ASNB dan Ejen kami seluruh negara.

Sila layari www.asnb.com.my dan klik menu “Hubungi” untuk senarai Cawangan dan Ejen ASNB.

Tags
Previous

Tarikh akhir permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 31 Mei 2020

Pengguna boleh nikmati pass perjalanan My30 bermula 15 Jun 2020

Next

Leave a Comment