Guna KWSP untuk melabur dalam unit trust?

| |

Sharing is caring!

“ Teringin nak melabur dalam Unit Trust tapi aku tak ada cash yang banyak. Macam mana?”

“Eh bro, guna lah kwsp. Kan boleh guna KWSP untuk melabur dalam unit trust.” 

Cuba tengok KWSP korang ada berapa sekarang. Nak melabur dalam unit trust ni boleh je guna akaun 2 KWSP, jika cukup jumlahnya. 

Ada beberapa syarat yang perlu kita ikut bukan boleh main keluar je. Tak mudah pun untuk bawa keluar. 

.

Syarat-syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia, ATAU Penduduk Tetap (PR) ATAU Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Umur 55 tahun ke bawah
  3. Mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya
  4. Permohonan melalui kaunter/agen IPD atau i-Akaun (Ahli)

Apa itu Simpanan Asas? 

Simpanan asas adalah satu jumlah simpanan dalam akaun 1 yang  ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan korang ada simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun nanti. 

Simpanan Asas ini membolehkan korang ada minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.

Korang boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Kuantum terbaharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2019.

Amaun simpanan yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 30% daripada jumlah lebihan simpanan asas di dalam Akaun 1.

Formula:
Amaun yang boleh dilaburkan = (Baki dalam Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

Amaun yang boleh dilaburkan adalah jumlah anggaran pengiraan kasar bagi pengeluaran pelaburan dan tertakluk kepada amaun minima pengeluaran sebanyak RM1,000.00.


Contoh Pengiraan

Contoh 1: 

Cik Aisyah berusia 22 tahun. Dia ada simpanan RM12,000 dalam Akaun 1 KWSP. 

Kalau rujuk jadual Simpanan Asas, jumlah Simpanan Asas yang ada dalam akaun adalah RM10,000.

Jadi, kalau kita gunakan formula:

(Akaun 1 – *Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(RM 12,000 – RM10,000) x 30% = RM600

Seperti yang ditetapkan dalam syarat di atas, jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1,000. 

Jadi, Cik Aisyah tidak layak untuk melabur unit trust menggunakan Akaun 1 KWSP.

Contoh 2: 

Encik Ahmad berusia 30 tahun dan ada simpanan RM45,000 dalam akaun 1 KWSP. 

Menggunakan formula di bawah 

(Akaun 1 – *Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(RM 45,000 – RM35,000) x 30% = RM3,000

Jadi, mengikut perkiraan ini Encik Ahmad layak untuk membuat pengeluaran. Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan ini adalah RM 3,000 dan RM1,000 adalah jumlah minimum.

12 perkara yang korang perlu tahu tentang melabur dalam unit trust 

  1. Pelaburan hanya boleh dibuat sama ada melalui IPD yang dilantik oleh KWSP atau IUTA yang terlibat.
  2. Permohonan pelaburan boleh dibuat secara manual melalui ejen/kaunter IPD atau dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).
  3. Permohonan yang telah dihantar kepada KWSP melalui IPD/IUTA atau secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) tidak boleh dibatalkan.
  4. Permohonan pelaburan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam pelbagai dana unit amanah/pelbagai IPD yang dilantik oleh KWSP selagi ahli mempunyai amaun kelayakan pelaburan.
  5. Amaun kelayakan pelaburan akan dikemaskini setiap 3 bulan.
  6. Tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
  7. Korang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat.  KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian. Korang perlu membaca dan memahami secara menyeluruh Dokumen Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur.
  8. Korang tak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.
  9. Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP.
  10. Bagi ahli berumur bawah 55 tahun, sekiranya ahli menjual pelaburan berkenaan atau IPD ditamatkan di bawah SPA, IPD akan mengembalikan semua hasil jualan pelaburan kepada KWSP.
  11. KWSP akan melepaskan kawalan terhadap pelaburan di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau ahli/waris ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan. Sebarang urusan pelaburan adalah di antara ahli/waris ahli dan IPD.  Hasil jualan pelaburan ahli tidak akan dikembalikan semula kepada KWSP apabila pelaburan tersebut dijual.
  12. Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP, tetapi adalah diingatkan bahawa terdapat caj yang dikenakan oleh IPD/IUTA kepada yang melabur
Previous

10 tips padu kawal kewangan buat anak muda

20 tabiat buruk yang boleh merosakkan tabung simpanan korang

Next

Leave a Comment