CIMB turunkan Kadar Asas (BR) bermula 13 Julai

| |

Sharing is caring!

CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic) akan menurunkan Kadar Asas (BR) dan kadar deposit tetap/akaun-i pendapatan pulangan tetap.

CIMB berkata pengurangan itu selaras dengan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus daripada 2.00 peratus yang diumumkan hari ini.

Selain itu, semua kemudahan pembiayaannya berasaskan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan dikurangkan kepada 0.25 peratus.

Semua perubahan kadar terbabit akan berkuat kuasa pada 13 Julai, 2020, kata CIMB dalam satu kenyataan hari ini.

BERNAMA

Previous

Maybank dan RHB turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas

Standard Chartered dan Public Bank turunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Berian Pinjaman Asas (BLR)

Next

Leave a Comment