Cara – cara nak kekalkan caruman KWSP 11%

| |

Sharing is caring!

Pada 27 Februari 2020, Kerajaan telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020. Salah satu manfaat yang diperkenalkan adalah kadar Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 7%.

Korang ada pilihan untuk kekalkan caruman KWSP 11% atau tukar kepada 7%.

Bagi yang ingin mengekalkan kepada caruman KWSP 11%, baca artikel ni sampai habis untuk tahu apa yang korang kena buat.

Maklumat ni Min dapat dapat daripada KWSP.

Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2020) di sini http://bit.ly/3ayPf0s dan ikuti langkah mudah seperti yang tertera di dalam gambar.

Sumber : KWSP

KWSP ingin membuat penjelasan yang berikut berkenaan penurunan kadar caruman berkanun syer pekerja yang diumumkan pada 27 Februari:

1. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.

2. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.

3. Ahli boleh membuat pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Borang ini hendaklah dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing dan berkuatkuasa mulai bulan berikutnya. Borang ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang kwsp.gov.my pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Amacam? Dah faham bukan? Jangan lupa buat tau.

Nak kekalkan caruman 11% atau tukar kepada 7%, pilihan masing-masing. Pilihlah yang terbaik mengikut matlamat kewangan korang. Jangan terikut-ikut dengan orang lain ok?

Previous

Bank Negara Malaysia (BNM) rendahkan OPR kepada 2.50 peratus

“Patut ke aku rendahkan potongan KWSP kepada 7%?”

Next

Leave a Comment