AWAS! Ini 5 peraturan wajib sebelum melabur ‘guna duit orang lain’

| |

Sharing is caring!

“Apa yang akan kita buat bila nak membeli rumah?”

Pasti jawapan korang adalah buat pinjaman dengan bank, kan? 

Konsep ini, kita gelarkan sebagai ‘leveraging,’ atau dalam bahasa mudah nak faham –  ‘gunakan duit orang lain’ (pinjam duit bank, duit orang lain, dan sebagainya). 

Ini dapat membantu kita (yang tak berapa banyak duit) untuk melabur. Tak semua orang ada akses ke jumlah tunai yang banyak. 

Tapi, tak bermakna kita boleh gunakan kaedah ni ikut suka hati. Jemput baca perkongsian ini kalau tak nak pelaburan anda kelak memakan diri. 

Apa maksud sebenar leverage

Sebelum kita menyelam lebih dalam, saya nak jelaskan maksud leverage: 

“Korang pinjam duit untuk buat pelaburan, dan harapkan keuntungan yang lebih besar pada masa depan.”

Contohnya, pelaburan hartanah. Korang pinjam duit dekat bank untuk beli rumah, dan harapkan rumah tu meningkat dari sudut nilai pada masa akan datang. 

Bila rumah dah meningkat nilai, korang boleh jual hartanah tu untuk bayar duit pinjaman. Dan lebih ohsem, dapat buat untung pada masa yang sama. 

Konsep ni tak tertakluk pada pelaburan hartanah semata. Instrumen ini juga ada pada pelaburan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) melalui ASB Financing, atau mana-mana pelaburan yang lain. 

Wajib ambil kira risiko yang terlibat? 

Cara ni, memang best kita dengar. Siapa tak suka dengar peluang buat pulangan lebat? 

Cuma, elakkan guna peluang ini secara membabi buta. Penting untuk korang tahu cara strategi ini berfungsi dan setiap risiko yang terlibat. 

Logik asas yang korang kena pegang adalah: 

“Semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang terlibat.”

Boleh anggap perkara ini macam ‘pedang berbilah dua.’ Tapi kalau tahu cara guna, memang mudah untuk korang jana keuntungan. 

Ini 5 peraturan penting korang wajib tahu sebelum buat pinjaman untuk melabur: 

#1: Apa risiko yang anda mampu tanggung? 

Tak kira apa jenis pelaburan yang korang nak buat, adalah perkara wajib untuk pertimbangkan risiko yang terlibat. 

Sentiasa jawab soalan ini: 

“Apa ‘risk appetite’ dan ‘risk tolerance’ aku?”

Risk appetite adalah jumlah dan jenis risiko yang korang sanggup ambil dalam memenuhi objektif pelaburan korang. 

Maksud risk tolerance pulak, adalah berapa banyak risiko yang korang mampu tampung. 

Korang juga boleh gunakan peraturan ini untuk pelaburan yang tak gunakan ‘duit orang lain’ (atau Other People’s Money). 

Setiap keputusan pelaburan yang korang buat, perlu berpandukan pada risk appetite dan risk tolerance korang. 

Bermakna, korang wajib kaji berapa banyak loan yang korang selesa nak tanggung, dan pertimbangkan sehabis baik segala kemungkinan senario buruk yang mungkin berlaku. 

Dah buat tip pertama ni? Kita beralih pulak kepada tip ke-2. 

#2: Pastikan kos meminjam lebih rendah berbanding pulangan pelaburan

Bila meminjam, wajib pastikan kadar faedah yang dikenakan lebih rendah supaya hutang tu, tak makan pulangan pelaburan korang kelak. 

Kalau ikutkan, ini hanya common sense saja. 

Tapi jangan terkejut kalau ramai pelabur tak realistik dalam perkara ini. Kebanyakan masa, mereka mempunyai jangkaan pulangan pelaburan yang mengarut. 

Nah, saya belanja contoh yang mudah untuk korang faham. 

Katakan, korang melabur RM10,000 dan pinjam RM30,000 kat bank. 

Ini beza pulangan pelaburan yang korang dapat selepas setahun melabur, dengan menganggap pulangan pelaburan korang sebanyak 10% setahun: 

  • Pinjaman dengan kadar interest 5.5% setahun: 
  • Faedah tahunan: RM30,000 X 5.5% = RM1,665,
  • Pulangan: RM40,000 X 10% = RM4,000,
  • Jumlah pulangan: RM4,000 – RM1,665 = RM2,335. 
    • Pulangan efektif selepas leverage: RM2,335 / RM40,000 =
    • 5.84% 
  • Pinjaman dengan kadar interest 7% setahun: 
  • Faedah tahunan: RM30,000 X 7% = RM2,100, 
  • Pulangan: RM40,000 X 10% = RM4,000, 
  • Jumlah pulangan: RM4,000 – RM2,100 = RM1,900, 
    • Pulangan efektif selepas leverage: RM1,900 / RM40,000 = 
    • 4.75%

Perbezaan kadar faedah adalah sebanyak 1.45%, akan menjadikan pulangan berbeza sebanyak RM435. 

Ini bermakna, korang akan dapat pulangan bersih yang lebih sikit, berbanding gunakan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih tinggi. 

#3: Elak letak semua telur dalam satu bakul 

Ada sebab ramai pelabur otai selalu pesan: 

“Elakkan melabur semua duit dalam satu tempat.”

Kalau buat jugak benda ni, bermakna korang sedang menjemput bencana. Dan ini satu perkara yang ramai pelabur baru suka buat. 

Katakan, pelaburan itu tak jana untung yang korang harapkan. Lebih teruk lagi, rugi. Tak melebur semua duit yang korang laburkan tu? 

Cara paling selamat adalah mempelbagaikan instrumen pelaburan korang. Dan lebih baik lagi, pilih instrumen pelaburan jangka masa panjang. 

#4: Ambil kira hutang semasa yang ada

Penting untuk korang kira berapa banyak hutang sedia ada, sebelum ambil keputusan buat pinjaman untuk melabur. 

Boleh tahan ramai yang buat kesilapan ini. Ramai yang tak layak meminjam (kes hutang bertimbun), tapi nak jugak buat pinjaman. 

Gunakan rule of thumb ini – Kalau nak buat pinjaman untuk melabur, pastikan cash flow (aliran tunai) korang cantik dulu. Baru boleh bayar ansuran bulanan tanpa sebarang masalah. 

Paling penting, elakkan bergantung kat sebarang leverage lain untuk bayar pinjaman yang korang buat tu. Contohnya, buat pinjaman peribadi yang baru untuk bayar loan. 

Ini satu lagi trik yang korang boleh gunakan. Pinjam separuh daripada apa yang korang mampu pinjam, dan buat simpanan kecemasan selama 1 tahun (gunakan untuk bayar ansuran bulanan). 

#5: Guna strategi ini sewaktu pasaran sedang jatuh

Ini kesilapan biasa yang ramai pelabur baru buat. Mereka selalu melabur sewaktu pasaran sedang kukuh. 

Katakan, korang ada RM10,000 untuk dilaburkan semasa pasaran sedang jatuh merundum. Waktu tu, harga saham jatuh sehingga RM4.19. Korang boleh beli sebanyak 2,000 unit saham dengan harga tersebut. 

Tapi bila pasaran naik, harga saham akan melonjak jadi RM5.99. Korang hanya boleh beli saham sebanyak 1,600 unit sahaja dengan modal RM10,000 tu. 

Korang nampak, kan? 

Bila harga saham jatuh, korang boleh beli lebih banyak unit berbanding sewaktu harga sedang tinggi. Lebih banyak korang beli, lebih banyak peluang untuk korang buat untung. 

P/S: Tapi, korang jangan pulak main beli je saham yang berharga rendah ikut suka hati. Kalau tak ada potensi untuk nilai saham tu naik, buat apa beli? 

Selalu ingat perkara ini – elakkan terjerat dengan emosi sendiri. Setiap kali nak buat keputusan, guna akal fikiran dan bukan hati. 

Gali fakta dan nombor sehabis baik, dan elakkan perangai agak-agak. Korang bukan nak memasak. 

Apa pun, saya percaya korang akan buat segala yang patut untuk tinggikan peluang pelaburan. Semoga berjaya! 

Previous

Tip pengurusan kewangan power untuk fresh grad yang baru mula bekerja

7 tips power baiki kewangan menjelang 2020

Next

Leave a Comment