Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi fasa survival ketika PKP? Nombor #5 paling penting

| |

Sharing is caring!

Dalam laporan Survei Khas Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) yang telah dilaksanakan secara atas talian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, ada beberapa perkara yang menarik untuk dilihat. 

Survey ini tidaklah meliputi seluruh rakyat Malaysia, namun berbaloi untuk dijadikan sebagai rujukan. 

Apa kesan COVID19 kepada kewangan peribadi? 

Menurut laporan survei yang dijalankan, untuk tempoh simpanan kewangan:

  • Lebih daripada dua per tiga (71.4%) daripada responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada 1 bulan sahaja.
  • 77.2 peratus majikan dan 82.7 peratus pekerja swasta pula mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga 2 bulan. 
  • Manakala 78.9 peratus pekerja GLC dan 75.2 peratus pekerja MNC mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga 4 bulan.

Manakala, untuk impak kewangan dalam menghadapi tempoh perintah kawalan pergerakan:

  • Didapati hanya 6.2 peratus responden kurang terkesan dari segi kewangan dalam menghadapi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan manakala 52.6 peratus responden menyatakan sangat terkesan dalam tempoh ini.
  • Antara negeri yang sangat terkesan dalam menghadapi tempoh PKP adalah Sabah (66.7%), diikuti oleh Kelantan (65.5%) dan Perlis (64.0%).

Penafian : Data yang ditunjukkan bukan merangkumi seluruh rakyat Malaysia. Ianya adalah data responden yang menyertai survei khas ini. Untuk laporan penuh, klik link ini :

Survei Khas Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1)

Apa yang kita boleh buat untuk menghadapi fasa survival ini? 

Jika kita terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini (gaji dikurangkan / tiada gaji / diberhentikan kerja), ada beberapa perkara yang kita boleh buat. 

#1 : Lihat apa bantuan kewangan yang kita boleh dapat 

Ada beberapa bantuan kewangan yang kita boleh cuba mohon (jika layak). Bantuan PRIHATIN,  zakat, dan PERKESO. Ada juga NGO yang menawarkan bantuan makanan. Korang boleh cuba memohon. Belum cuba, belum tahu kan.  

#2 : Moratorium (Penangguhan pembayaran pembiayaan)

“Patut tak saya ambil moratorium?” 

Jawapannya ambil je. Sekurang-kurangnya korang tak perlu pening fikir untuk bayar loan dengan bank selama 6 bulan dari sekarang. Korang boleh fokus untuk mantapkan kewangan dan survive. 

Ingat, sekarang adalah fasa survival. 

#3 : Pengeluaran i-Lestari KWSP 

Salah satu inisiatif yang bagus diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah pengeluaran i-Lestari KWSP. Ahli KWSP boleh memohon untuk mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP maksimum RM500 setiap bulan. Duit yang dibawa keluar ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban kewangan korang yang terkesan. 

Bawa keluar jumlah yang diperlukan je ye. 

#4 : Tambah income stream 

Masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk tambah pendapatan. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dan ada kemungkinan juga bakal dilanjutkan. 

Apa yang kita boleh buat adalah tambah pendapatan. Jadi dropshipper, tawarkan servis yang kita mahir (copywriting, design, dan sebagainya), runner, berniaga makanan dan banyak lagi. 

Kalau korang nak tengok list brand yang tawarkan dropship dengan yuran rendah, boleh klik link artikel ini (list ini akan diupdate dari masa ke semasa): Idea duit tepi

#5 : Tambah ilmu dan skill

Sepanjang tempoh PKP ni, ada banyak tawaran belajar ilmu secara percuma. Ilmu kewangan, hartanah, copywriting, buat website, SEO, digital marketing dan banyak lagi. Ambil peluang duduk di rumah ini untuk tambah ilmu dan mantapkan skills kita. 

Beri masa untuk belajar selama 6 bulan. Dalam masa 6 bulan dari sekarang, semoga kita menjadi lebih baik.  

Nak belajar ilmu premium secara percuma?

Tip extra : Dekat udemy.com ada bermacam – macam course yang korang boleh belajar (SEO, copywriting, web development, design, dan banyak lagi). Nak dapatkan promo code untuk course di udemy.com? Korang klik link di bawah.

Promo code udemy.com


Tip extra : Baca cara berjimat dari rumah ketika PKP

Mungkin ada antara kita yang pening memikirkan macam mana nak survive sepanjang tempoh PKP ni. 

Don’t keep it to yourself. Reach out for help. Get up and try your best. 

Sekarang adalah tempoh untuk kita tingkatkan usaha untuk survive di fasa survival ini. Jangan mengalah. 

Semoga sedikit perkongsian saya kali ini membantu memberi idea kepada korang. 

Take care and stay safe, everyone.

Previous

Senarai sektor tambahan yang diberi kebenaran beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

BIMB – Investment lancarkan BEST Invest, Aplikasi Pelaburan Lestari atas talian Robo – Pintar Shariah -ESG

Next

Leave a Comment