Apa yang anda perlu tahu tentang KWSP (Sejarah dividen dari tahun 1992 – 2019)?

| |

Sharing is caring!


KWSP adalah singkatan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, juga dikenali sebagai EPF (Employee Provident Fund). 

Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. 

Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP. Akses secara dalam talian (online) akan memudahkan lagi bayaran caruman KWSP.

Bagi pekerja pula, anda boleh membuka KWSP dengan menghadirkan diri ke kaunter pejabat KWSP ataupun Kiosk KWSP yang terdekat dengan anda. 

Proses pendaftaran kali pertama ni hanya memerlukan kad pengenalan dan pengesahan Ibu jari sahaja. 

Lepas pendaftaran berjaya anda akan menerima notis beserta nombor akaun KWSP anda. Nombor ini adalah unik bagi setiap ahli. Nombor yang sama akan dirujuk bagi tujuan caruman mahupun pengeluaran. 

Pastikan anda menyimpan nombor ahli KWSP ni sebaiknya tau. 

Soalan:

Saya dah lama bekerja, ada tertera penolakan KWSP dalam slip gaji tapi saya tak pernah buka akaun tu, wujud ke akaun KWSP saya?

Ada kebarangkalian besar untuk wujud. Sebabnya, ada dua cara lain untuk membuka akaun KWSP tanpa anda sendiri membukanya. 

  1. Secara automatik: Sebaik sahaja caruman pertama dibayar kepada anda, secara automatik anda akan menjadi seorang ahli KWSP. Pendaftaran ni menggunakan nama dan nombor kad pengenalan anda.
  2. Melalui i-Akaun Majikan: Majikan juga boleh mendaftarkan anda secara online melalui portal i-Akaun Majikan. Anda akan mendapat notis pengesahan sebaik sahaja akaun KWSP anda didaftarkan. 

Selain daripada akaun online i-Akaun Majikan, KWSP juga mempunyai sistem online untuk ahli dipanggil i-Akaun. Dengan i-Akaun ini anda mudah untuk menyemak amaun terkini dalam KWSP melalui telefon bimbit anda sahaja. 

Cara-cara daftar akaun dalam talian (online) KWSP 

Berikut adalah langkah-langkah untuk register akaun online korang: 

Untuk daftar dan mengaktifkan i-Akaun KWSP, ahli perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 

03-89226000.

Cari kiosk yang terdekat untuk memudahkan urusan ini. Bawa sekali kad pengenalan untuk pendaftaran ya. 

Lepas dah daftar, korang akan dapat ID Pengguna dan kata laluan sementara. Guna maklumat ni dan buat pengaktifan akaun kat laman web rasmi KWSP (www.kwsp.gov.my) dalam masa sebulan.

Ikut langkah-langkah yang dinyatakan. Korang perlu cipta kata laluan baru dan login untuk perkhidmatan i-Akaun. Untuk transaksi tertentu, korang kena guna TAC di i-Akaun untuk keselamatan data.

Kalau ada masalah berkaitan i-Akaun, korang boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991

Sejarah Dividen KWSP

1952-1959 : 2.50%
1960-1962 : 4.00%
1963 : 5.00%
1964 : 5.25%
1965-1967 : 5.50%
1968-1970 : 5.75%
1971 : 5.80%
1972-1973 : 5.85%
1974-1975 : 6.60%
1976-1978 : 7.00%
1979 : 7.25%
1980-1982 : 8.00%
1983-1987 : 8.50%
1988-1994 : 8.00%
1995 : 7.50%
1996 : 7.70%
1997-1998 : 6.70%
1999 : 6.84%
2000 : 6.00%
2001 : 5.00%
2002 : 4.25%
2003 : 4.50%
2004 : 4.75%
2005 : 5.00%
2006 : 5.15%
2007 : 5.80%
2008 : 4.50%
2009 : 5.65%
2010 : 5.80%
2011 : 6.00%
2012 : 6.15%
2013 : 6.35%
2014 : 6.75%
2015 : 6.40%
2016 : 5.70%
2017 : 

  • Simpanan Konvensional : 6.90%
  • Simpanan Syariah : 6.40%

2018 :

  • Simpanan Konvensional : 6.15%
  • Simpanan Syariah : 5.90%

Berapa jumlah dividen KWSP untuk tahun 2019?

Bagi tahun 2019, jumlah dividen yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Simpanan Konvensional : 5.45%

Simpanan Shariah : 5.00%

Sumber : KWSP
Sumber : KWSP
Previous

3 strategi untuk kumpulkan duit kahwin dalam masa 3 tahun 

5 perkara penting yang anda harus tahu tentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Next

Leave a Comment