Apa yang anda kena tahu tentang pentadbiran harta pusaka? (Part 1)

| |

Sharing is caring!

Pentadbiran harta pusaka merupakan salah satu perkara penting yang kita harus ambil tahu.

Maklumat ini Min dapat daripada website Amanah Raya. Jom hadamkan sama-sama.

Pentadbiran Pusaka merupakan proses mengumpul dan menguruskan aset-aset dan hutang-piutang simati dan mengagihkan Pusaka kepada waris yang berhak.

Harta Pusaka merangkumi aset-aset seperti hartanah, harta benda dan pelaburan yang ditinggalkan oleh simati.

Pentadbiran Pusaka yang teliti dapat memastikan waris yang masih hidup mewarisi harta simati.

Sekiranya tidak ditadbir dengan baik, pengagihan pusaka akan menjadi satu urusan yang rumit dan memberikan tekanan serta mencetuskan kebimbangan waris.

Mentadbir Pusaka boleh memakan masa selama 3 bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada jenis aset dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul.

Justeru itu, pemilihan Pentadbir sangat penting dalam menguruskan dan mentadbir Pusaka simati.

Soalan #1 : Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat permohonan pentadbiran harta pusaka simati?

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kematian simati.
Walaubagaimanapun, dinasihatkan permohonan dibuat dengan segera atau sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kematian simati.

Ini bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan kematian berlapis atau risiko kehilangan dokumen penting yang akan merumitkan lagi urusan permohonan dan/atau pentadbiran harta pusaka simati.

Soalan #2 : Siapakah yang boleh membuat permohonan pentadbiran harta pusaka di AmanahRaya?

Waris simati atau mana-mana pihak yang berkepentingan boleh membuat permohonan pentadbiran pusaka simati di AmanahRaya.

Soalan #3 : Perlukah semua waris hadir semasa membuat permohonan?

Tidak perlu. Hanya pihak yang memohon perlu hadir di AmanahRaya samada di ibu pejabat atau mana-mana cawangan AmanahRaya bagi mengisi borang permohonan dan mengemukakannya berserta dokumen sokongan kepada AmanahRaya untuk tindakan susulan.

Borang permohonan dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi AmanahRaya di www.amanahraya.my

Soalan #4 : Bolehkah borang permohonan pentadbiran harta pusaka dihantar melalui pos?

Boleh. Pemohon boleh menghantar borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan dokumen sokongan yang diperlukan melalui pos kepada AmanahRaya samada dialamatkan ke ibupejabat atau mana-mana cawangan AmanahRaya.

Sekiranya permohonan dibuat melalui pos, tiada keperluan untuk hadir ke AmanahRaya.

Soalan #5 : Berapa lama proses pentadbiran pusaka yang dibuat di AmanahRaya?

Jika harta pusaka hanyalah harta alih sahaja, ianya dijangka akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan. Jika ianya melibatkan harta tak alih, dijangkakan akan mengambil masa 12 bulan (setahun).


Perlu diingatkan bahawa tempoh masa pemprosesan ini juga bergantung kepada maklum balas dan kerjasama daripada waris dan pihak ketiga yang berurusan dengan Amanah Raya.

Soalan #6 : Berapakah fi Pentadbiran Pusaka?

Struktur Fi Pentadbiran Pusaka

5%bagi RM25,000 yang pertama
4%bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000
3%bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000
2%bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,000
1%bagi baki selebihnya

Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM1,000,000

PeratusanButiranRMCatatan
5%Bagi RM25,000 yang pertama1,250(RM25,000 x 5%)
4%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,0009,000(RM225,000 x 4%)
3%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM250,0007,500(RM250,000 x 3%)
2%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,00010,000(RM500,000 x 2%)
1%Bagi baki selebihnya0
JUMLAH FI (RM)27,750

Soalan #7 : Mengapa Amanah Raya perlu mengenakan caj fi sedangkan itu adalah duit waris?

Fi yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah untuk kerja –kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada harta pusaka simati yang melibatkan tugas-tugas pendaftaran aset dan waris-waris, penyiasatan aset dan waris, pengesahan aset dan liabiliti, penghasilan aset-aset, penyelesaian hutang dan liabiliti dan pembahagian harta pusaka kepada waris-waris.


Fi yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Soalan #8 : Bolehkah caj fi tersebut ditolak daripada harta pusaka simati?

Boleh sekiranya harta pusaka mempunyai aset berbentuk tunai/duit.

Soalan #9 : Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?

Sekiranya tiada aset pusaka berbentuk tunai/duit dan waris enggan/gagal membayar fi dan/atau kos tersebut, fail pentadbiran pusaka akan ditutup dan tiada sebarang pentadbiran ke atas harta pusaka tersebut akan dilakukan sehinggalah fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.

Soalan #10 : Mengapa Sijil Faraid diperlukan di dalam pentadbiran harta pusaka?

Sijil Faraid memainkan peranan yang penting bagi menentukan siapakah yang layak mendapat pusaka simati serta bahagian yang layak diterima.

Soalan #11 : Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?

Sijil Faraid boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui permohonan waris simati.

Nantikan perkongsian Min di part 2 pula.

Previous

7 dosa kewangan yang anda patut elak 2020 ni

Macam mana nak keluarkan KWSP ahli keluarga yang meninggal dunia?

Next

Leave a Comment