5 perkara penting yang anda harus tahu tentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

| |

Sharing is caring!

Kerajaan hari ini telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 yang bernilai RM20 billion. Ianya ditunjangi dengan tiga strategi utama bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan wabak COVID-19 ketika ini dapat ditangani dengan berkesan.

Tiga (3) strategi Pakej Ransangan Ekonomi 2020 seperti berikut:

  • Strategi Pertama : Menangani impak COVID-19;
  • Strategi Kedua : Memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat;
  • Strategi Ketiga : Menggalakkan pelaburan berkualiti

Ketiga-tiga strategi sangat menarik.

Min nak kongsikan lima (5) manfaat menarik  Pakej Ransangan Ekonomi 2020 bagi marhen macam kita ni. Jemput baca sampai habis. 


Untuk merangsang permintaan domestik, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan secara langsung kepada rakyat melalui langkah-langkah berikut:

Pertama: Kadar Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan

Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus. Ini bermakna, RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini.

Kedua: Bantuan Sara Hidup

Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020.

Ketiga: Tambahan dana kepada penerima Bantuan Sara Hidup 

Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

Keempat : Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000

Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik

Kelima : Baucer digital untuk melancong

Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. 


Untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kos sara hidup, Kerajaan akan mengambil inisiatif berikut:

i) Geran sebanyak RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform e-dagang.

ii)Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion bagi pelaksanaan segera kerja-kerja penyelenggara dan pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara, terutamanya di luar bandar. 

Bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat ke peringkat akar umbi, peruntukan akan disalurkan melalui usahasama dengan Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan komuniti.


Untuk bacaan penuh Pakej Ransangan Ekonomi 2020, korang boleh klik di bawah:

Pakej Ransangan Ekonomi

Previous

Apa yang anda perlu tahu tentang KWSP (Sejarah dividen dari tahun 1992 – 2019)?

Apa beza antara pelaburan dan perlindungan? 

Next

Leave a Comment