3 strategi untuk kumpulkan duit kahwin dalam masa 3 tahun 

| |

Sharing is caring!

Nak kumpul duit kahwin bukanlah perkara yang mudah nak dibuat.

Macam-macam dugaan nak kena tempuh. Tambah lagi kalau korang bergaji biasa je. Kan. 

Tapi sekali ada kemahuan dan target yang jelas, korang boleh buat punya. 

Kalau korang sanggup dan komited, ada 3 strategi yang korang boleh buat untuk korang kumpul duit kahwin dengan hanya menyimpan RM292 setiap bulan. 

Soalan pertama yang korang kena tanya diri korang sendiri.

“Berapa lama nak simpan duit kahwin ni?”

Setiap orang berbeza planning masing – masing. Ada yang target nak simpan duit kahwin dalam masa 3 tahun. Ada yang target nak simpan dalam masa 5 tahun.

Saya ambil tempoh 3 tahun sebagai case study.  

Strategi #1 : Buat ASB Financing RM60,000 

Korang apply ASB Financing RM60,000 dengan bayaran RM 292 sebulan (tak termasuk takaful). Setiap tahun, tak perlu usik dividen yang dapat dalam ASB tu. Biar je diam – diam dalam akaun tu. Nak kumpul duit kahwin kan? Iman kena kuat. 

Anggaran hasil selepas 3 tahun adalah:

  • Baki prinsipal : RM2,178
  • Dividen terkumpul: RM10,454
  • Jumlah anggaran hasil: RM12,632

*kiraan adalah berdasarkan rate 4.7% dan dividen asb 5.5% (kadar dividen ASB boleh berubah-ubah dan tidak fixed)

Strategi #2: Simpan biasa di ASB 

Rasa tak yakin mampu buat ASB Financing? 

Takpe. Korang boleh je simpan duit kat ASB macam biasa. Simpan RM292 setiap bulan selama 3 tahun. 

Selepas 3 tahun, anggaran hasil simpanan yang korang boleh dapat adalah sebanyak RM11,428. 

*kiraan adalah berdasarkan dividen asb 5.5% (kadar dividen ASB boleh berubah-ubah dan tidak fixed)

Strategi #3 : Simpan biasa di akaun bank 

Korang rasa simpan kat mana – mana pun sama je. Macam takde beza pun? 

Jadi korang masih boleh simpan di akaun bank biasa. 

Simpan je RM292 setiap bulan selama 3 tahun. Konsisten simpan. Jangan pula nak intai korek simpanan pula. Kang entah ke mana bajet kahwin korang nanti. 

Saya ambil purata pulangan 1% setahun. Selepas 3 tahun anggaran hasil yang korang bakal dapat adalah RM10,674.


Nak cuba buat dan disiplin menyimpan setiap bulan tu memang susah. 

Namun, yang susah tu lah yang kita kena buat. 

Gunakan konsep ‘save and forget’. Simpan dan lupakan apa yang kita simpan. Tak ada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri. 

Jangan buang masa mencari tempat simpanan yang terbaik. Terus buat mulai sekarang. 

Kat mana pun korang pilih untuk simpan duit kahwin korang, terpulanglah. 

Selamat mencuba dan saya doakan korang dapat kumpul duit kahwin secepatnya. 

Previous

Tiga (3) khairat kematian percuma yang korang perlu tahu 

Apa yang anda perlu tahu tentang KWSP (Sejarah dividen dari tahun 1992 – 2019)?

Next

Leave a Comment